Tuesday, May 19, 2009

DATA NILAM 2009
Apa Itu Nilam?
NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif program ini adalah:-
• Merangsang Murid supaya banyak Membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana ide kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam NILAM.

Matlamat
Membina tabiat gemar membaca di kalangan individu.

Lagu NILAM

Membaca dan belajar , amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca, memberikan semangat
Membaca dengan jaya, budaya kita

Indah tabiat membaca, matlamat NILAM kita,
Ganjaran yang diberi, tidak terhingga
Jadi rakan pembaca, juga capai JAUHARI
Pembaca yang bestari, anugerah diberi

chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya…

Membaca dan belajar, amalan hidup mulia
Dengan tabiat membaca, matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali, pasti lebih berseri
Amalan membaca, menjana minda bestari

* Ulang chorus *

Amalan membaca, menjana minda bestari

NILAM .....

Lirik : Nazura Mohamad
Lagu : Mohd Rosli