Apa Itu Nilam? |
NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Objektif program ini adalah:- Matlamat Lagu NILAM Membaca dan belajar , amalan hidup mulia Indah tabiat membaca, matlamat NILAM kita, chorus Membaca dan belajar, amalan hidup mulia * Ulang chorus * Amalan membaca, menjana minda bestari NILAM ..... Lirik : Nazura Mohamad |
No comments:
Post a Comment